Saturday, April 2, 2011 | By: Ibnu Sulaiman

Dua Kisah Pengajaran : Nabi Ibrahim, Hajar dan Ismail


Siri 1 : Nabi Ibrahim Patuh Perintah Allah


Adalah perkara biasa meniti hari2 penuh globalisasi ini yang tanpa penghadang berjauhan dengan orang yang tersayang, sudah menjadi kalam alam untuk menerima perpisahan tersebut, mungkin kekasih hati berada jauh di perantauan, di luar negara, atau cukup sudah kalau si dia terpaksa pulang ke rumah seminggu sekali kerana jauhnya tempat kerja.......................

Nak tak nak kenalah terima seadanya, pada ketika seorang wanita bergelar zaujah yang bukan sekadar meringankan beban yang bernama lelaki, jua membantu memperjuangkan agama Allah insyaAllah........

Walaupun perpisahan itu cukup menyukarkan, membebankan.........namun, kita masih ada internet, telefon, atau skype dan chatting sekiranya merindui si dia................tetapi pernahkan terfikir perpisahan itu perpisahan bererti putusnya hubungan seorang lelaki dan perempuan hanya kerana kita berkata .......... " Ini semua atas perintah Allah " , sanggupkah seorang wanita bergelar isteri.........




Ingatkah kita pada kisah seorang perempuan kental bernama Siti Hajar dan permata hatinya, Ismail ??? Hajar, seorang perempuan cantik, semasa kunjungan Nabi Ibrahim dan Siti Sarah ke sebuah negeri, raja tersebut menghadiahkan Hajar kepada Nabi Ibrahim dan dijadikan gundik sebelum dijadikan isteri atas pujukan si isteri, Sarah.

Ingatkah lagi kita bila Allah memerintahkan Hajar diletakkan di sebuah padang pasir yang kering kontang,tiada sebarang haiwan dan tumbuhan pun apatah lagi manusia?????......namun segalanya urusan dan perancangan Dia.........

Hajar ditinggalkan di bawah sebuah pohon (ada berkata itu adalah kurma dah hajar makan kurma dari pokok itu, ada berkata ia adalah pohon yang besar dan Hajar diberi bekalan secupak Kurma dan sekantung Air)

Bilamana Nabi Ibrahim berpaling untuk kembali ke Sham, Hajar bertanya kepadanya;

"Abang mahu tinggalkan kami???di tempat kering kontang tanpa apa2??bagaimana harus kami hidup???"

Tiada sahutan jawapan.

Pertanyaan sama berulang.

"Abang mahu tinggalkan kami???di tempat kering kontang tanpa apa2??bagaimana harus kami hidup???"

Dan tiada sahutan sama berulang sehingga yang Hajar bertanya....... "Apakah ia perintah Allah???"

"Ya" Sahutan yang cukup pendek tanpa palingan muka pun.

Namun itulah perempuan isteri nabi yang secara total terima perpisahan itu, kerana cukup mencintai Allah..........tiada sebab lain yang mampu menjadi alasan kukuh, hanya Dia, Allah......



Siri 2 : Nabi Ismail dan Keturunan Pilihan


Sepertimana diketahui , Arab Yaman menjadi golongan pertama tinggal di Makkah setelah melihat seekor burung raja laut, signal wujud air.......

Dalam tempoh tersebut, Nabi Ibrahim hanya melawat mereka beberapa kali, semasa kelahiran Ismail, semasa ingin sembelih Ismail......... Nabi Ismail telah berkahwin dengan seorang keturunan Arab tersebut, suatu ketika ketika ketiadaanya di rumah, Nabi Ibrahim telah melawat rumahnya.....

Nabi Ibrahim bertanya " Siapa kamu???"

Zaujah Ismail menjawab " Saya isteri Nabi Ismail ???"

Nabi Ibrahim bertanya lagi "Kemana suami kamu ???"

Zaujahnya menjawab tanpa mempelawa masuk kerana dia tidak kenali lelaki tersebut,dan menceritakan perihal kesusahan keluarga Ismail . "

Suami saya pergi berburu, keluarga kami susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Nabi Ibrahim kemudian berpesan kepadanya " Bila suami kamu pulang, kamu beritahu dia suruh dia buang serambi/anjung rumah dia ".

Kemudian si isteri telah sampaikan pesanan tersebut......lalu berkata Nabi Ismail, dia ayahku,dan dia maksudkan serambi itu adalah kamu, dia suruh aku ceraikan kamu......lalu diceraikan perempuan tersebut dan dihantar pulang ke rumah keluarganya.............suatu ketika memikirkan perpisahan itu, bolehkan kita memberi alasan kerana Allah jua perceraian pada masa sekarang????dan perempuan tersebut terima seadanya.......mungkin akal akan berkata ia zalim kepada kaum wanita, tp Allah maha tahu perancangan Dia....

Dari keturunan itulah lahirnya Nabi yang paling mulia .......................



Kemudian Nabi Ismail telah berkahwin dengan seorang perempuan lain, lalu Nabi Ibrahim menzirahinya juga.....isterinya ini seorang perempuan yang sangat solehah, dijemput Nabi Ibrahim ke rumah, diceritakan perihal baik2 tentang suaminya dan keluarganya...... " Suamiku pergi berburu, kami hidup dengan penuh keberkatan dan cukup seadanya ".

Lalu Nabi Ibrahim bertanya kepadanya, " Apa yang kamu suka makan???" Wanita tersebut menjawab " Daging (kerana Nabi Ismail kerjanya berburu)" Lalu Nabi Ibrahim berdoa "Ya Allah berkatkanlah Makanan(Daging) dan minuman keluarga ini" dan dia juga meninggalkan pesan yang sama cuma dia meminta Nabi Ismail kekalkan serambi tersebut.

Maka itulah yang diceritakan kepada Nabi Ismail perihal seorang lelaki tua yang baik,bersih wajahnya,lembut peribadinya...... Maka kata Nabi Ismail, dia adalah ayahku, dan serambi itu adalah kamu, dia meminta aku bersama kamu selamanya..............
.

Hanya kehidupan sementara, kuterima perpisahan sementara untuk pertemuan abadi dijanjikanNya...............

0 comments:

Post a Comment