Saturday, April 9, 2011 | By: Ibnu Sulaiman

Kisah Teman : Allah Kifaratkan Dosa Di Tanah Haram

Kalau ada orang bagi kita secara cash atau kredit,nak tolak???kalau ada orang bagi upah on the spot atau tangguh ,perlu fikir 2,3 kali????tapi kalau Allah yang bagi kita cash atas dosa kita,agak2 mana nak lari?

Mungkin kita tidak rasa betapa banyak dosa kita sebab mungkin kita tidak boleh hitung, secara kira2 ataupun fizikalnya.Kalau seorang pegawai ,hujung bulan masuk gaji,maka dia sudah boleh hitung untuk setahun,sepuluh tahun,begitu juga kalau seorang nelayan,dia boleh menggangar berapa banyak dia akan dapat bergantung kepada cuaca dan sebagainya, lalu kalau dosa kita, bagaimana kita nak kira???ada baiknya kita tidak boleh kira...bayangkan kalau boleh kira, confirm kita buat pahala,pastu kita buat dosa giler2 nye kan????

Teruja mendengar kisah seorang ustaz pada suatu masa, "Ana dibayar cash oleh Allah,sebelum tamat pengajiannya", bagaimana tu????

Dia menyambung bicara, katanya, sewaktu dia berada di Kota Makkah,tempat idaman semua umat Islam yang beriman kepada Hari Akhirat,beberapa hari berada di sana,dia mengalami suatu masalah yang pelik, kerongkongnya seolah mengandungi kahak berdarah,dan darah itu akan keluar bilamana dia ingin mengeluarkan kahak,sesekali keluar melalui hidung, lalu difikirkan apakah yang telah dilakukan,

Lalu, dia telah bermuhasabah seketika, mengingati mungkin kejadian ini akibat dari keburukan yang telah dia lakukan, lalu dia teringat mengenai perilaku mengumpat terhadap jemaah lain yang sesama disana,almaklumlah macam2 ragam orang disana dengan perangai dan karenah yang macam2..........lalu dia memohon petunjuk dan bertaubat kepada Allah,

Takjubnya dia , selepas 2 solat wajib,kahak berdarahnya telah hilang, bukankah itu semua kuasa Allah.Allah telah membayar secara cash apa yang telah dia lakukan,untuk perbuatan mengumpat orang lain.....bagaimana pula dengan kita,yang telah melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya,melakukan perkara2 dilarang oleh Allah.mungkin Allah tidak bayar secara cash di dunia tapi Allah buat "check" untuk kita diakhirat.....................


Tapi, jangan jadikan alasan untuk tidak ke Makkah...
Saturday, April 2, 2011 | By: Ibnu Sulaiman

Dua Kisah Pengajaran : Nabi Ibrahim, Hajar dan Ismail


Siri 1 : Nabi Ibrahim Patuh Perintah Allah


Adalah perkara biasa meniti hari2 penuh globalisasi ini yang tanpa penghadang berjauhan dengan orang yang tersayang, sudah menjadi kalam alam untuk menerima perpisahan tersebut, mungkin kekasih hati berada jauh di perantauan, di luar negara, atau cukup sudah kalau si dia terpaksa pulang ke rumah seminggu sekali kerana jauhnya tempat kerja.......................

Nak tak nak kenalah terima seadanya, pada ketika seorang wanita bergelar zaujah yang bukan sekadar meringankan beban yang bernama lelaki, jua membantu memperjuangkan agama Allah insyaAllah........

Walaupun perpisahan itu cukup menyukarkan, membebankan.........namun, kita masih ada internet, telefon, atau skype dan chatting sekiranya merindui si dia................tetapi pernahkan terfikir perpisahan itu perpisahan bererti putusnya hubungan seorang lelaki dan perempuan hanya kerana kita berkata .......... " Ini semua atas perintah Allah " , sanggupkah seorang wanita bergelar isteri.........




Ingatkah kita pada kisah seorang perempuan kental bernama Siti Hajar dan permata hatinya, Ismail ??? Hajar, seorang perempuan cantik, semasa kunjungan Nabi Ibrahim dan Siti Sarah ke sebuah negeri, raja tersebut menghadiahkan Hajar kepada Nabi Ibrahim dan dijadikan gundik sebelum dijadikan isteri atas pujukan si isteri, Sarah.

Ingatkah lagi kita bila Allah memerintahkan Hajar diletakkan di sebuah padang pasir yang kering kontang,tiada sebarang haiwan dan tumbuhan pun apatah lagi manusia?????......namun segalanya urusan dan perancangan Dia.........

Hajar ditinggalkan di bawah sebuah pohon (ada berkata itu adalah kurma dah hajar makan kurma dari pokok itu, ada berkata ia adalah pohon yang besar dan Hajar diberi bekalan secupak Kurma dan sekantung Air)

Bilamana Nabi Ibrahim berpaling untuk kembali ke Sham, Hajar bertanya kepadanya;

"Abang mahu tinggalkan kami???di tempat kering kontang tanpa apa2??bagaimana harus kami hidup???"

Tiada sahutan jawapan.

Pertanyaan sama berulang.

"Abang mahu tinggalkan kami???di tempat kering kontang tanpa apa2??bagaimana harus kami hidup???"

Dan tiada sahutan sama berulang sehingga yang Hajar bertanya....... "Apakah ia perintah Allah???"

"Ya" Sahutan yang cukup pendek tanpa palingan muka pun.

Namun itulah perempuan isteri nabi yang secara total terima perpisahan itu, kerana cukup mencintai Allah..........tiada sebab lain yang mampu menjadi alasan kukuh, hanya Dia, Allah......



Siri 2 : Nabi Ismail dan Keturunan Pilihan


Sepertimana diketahui , Arab Yaman menjadi golongan pertama tinggal di Makkah setelah melihat seekor burung raja laut, signal wujud air.......

Dalam tempoh tersebut, Nabi Ibrahim hanya melawat mereka beberapa kali, semasa kelahiran Ismail, semasa ingin sembelih Ismail......... Nabi Ismail telah berkahwin dengan seorang keturunan Arab tersebut, suatu ketika ketika ketiadaanya di rumah, Nabi Ibrahim telah melawat rumahnya.....

Nabi Ibrahim bertanya " Siapa kamu???"

Zaujah Ismail menjawab " Saya isteri Nabi Ismail ???"

Nabi Ibrahim bertanya lagi "Kemana suami kamu ???"

Zaujahnya menjawab tanpa mempelawa masuk kerana dia tidak kenali lelaki tersebut,dan menceritakan perihal kesusahan keluarga Ismail . "

Suami saya pergi berburu, keluarga kami susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Nabi Ibrahim kemudian berpesan kepadanya " Bila suami kamu pulang, kamu beritahu dia suruh dia buang serambi/anjung rumah dia ".

Kemudian si isteri telah sampaikan pesanan tersebut......lalu berkata Nabi Ismail, dia ayahku,dan dia maksudkan serambi itu adalah kamu, dia suruh aku ceraikan kamu......lalu diceraikan perempuan tersebut dan dihantar pulang ke rumah keluarganya.............suatu ketika memikirkan perpisahan itu, bolehkan kita memberi alasan kerana Allah jua perceraian pada masa sekarang????dan perempuan tersebut terima seadanya.......mungkin akal akan berkata ia zalim kepada kaum wanita, tp Allah maha tahu perancangan Dia....

Dari keturunan itulah lahirnya Nabi yang paling mulia .......................



Kemudian Nabi Ismail telah berkahwin dengan seorang perempuan lain, lalu Nabi Ibrahim menzirahinya juga.....isterinya ini seorang perempuan yang sangat solehah, dijemput Nabi Ibrahim ke rumah, diceritakan perihal baik2 tentang suaminya dan keluarganya...... " Suamiku pergi berburu, kami hidup dengan penuh keberkatan dan cukup seadanya ".

Lalu Nabi Ibrahim bertanya kepadanya, " Apa yang kamu suka makan???" Wanita tersebut menjawab " Daging (kerana Nabi Ismail kerjanya berburu)" Lalu Nabi Ibrahim berdoa "Ya Allah berkatkanlah Makanan(Daging) dan minuman keluarga ini" dan dia juga meninggalkan pesan yang sama cuma dia meminta Nabi Ismail kekalkan serambi tersebut.

Maka itulah yang diceritakan kepada Nabi Ismail perihal seorang lelaki tua yang baik,bersih wajahnya,lembut peribadinya...... Maka kata Nabi Ismail, dia adalah ayahku, dan serambi itu adalah kamu, dia meminta aku bersama kamu selamanya..............
.

Hanya kehidupan sementara, kuterima perpisahan sementara untuk pertemuan abadi dijanjikanNya...............
Friday, April 1, 2011 | By: Ibnu Sulaiman

Al Zilzal (Gempa) : Peringatan Dari Langit





Seketika kita terkesima dengan gempa yang berlaku di Jepun yang menyebabkan tsunami berukuran 10 meter dan gegaran berskala 8.9 dan ditukar kepada 9.0. Menakutkan bukan???mungkin mereka yang telah bersedia dari segi teknologi merasakan mereka telah cukup bersedia, tp perancangan Allah bukankah yang Maha Hebat???

Mungkin kita di Malaysia merasakan kita sebuah negara yang cukup selamat untuk berlaku gegaran apatah lg di semenanjung,tp sedarkah kita gegaran itu kemudian berlanjutan ke negara Asia lain seperti China, Myanmar......................tidakkah kita merasakan dunia ini terlalu tua untuk menerima kehadiran manusia, dengan kebiadapan manusia dan kezaliman yang telah manusia lakukan sehingga menjahanamkan Bumi ini...................

Allah telah memberi peringatan kepada Manusia 1400 tahun yang lampau melalui Rasulnya yang Mulia,dalam surah ke 99.Tanpa seorang saintis pun yang mengkaji, atau ahli geologi untuk melihat struktur tanah hatta menggali hingga ke kerak bumi sepertimana yang dirancang oleh para saintins yang dijangkan siapa dalam 4 atau 7 tahun lagi.........

Hanya kita yang tidak ambil peduli tentang perkara tersebut hatta bertanya

" Apa yang berlaku di Bumi ini ? " - (Al Zilzal,3 )

Sedangkan Allah telah memberi peringatan kepada kita ;

"Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dahsyat" (Al Zilzal,1)

"Dan bumi telah mengeluarkan beban beban berat (yang dikandungnya) "(Al Zilzal ,2)

Maka sebagai seorang manusia,apa yang kita ada untuk menjadi syarat masuk syurga Allah?????Apakah kita cukup banyak bersedekah memandangkan kita berlumba2 mencari harta dan malas ke Masjid atau surau mencari Ilmu, atau kita cukup banyak bangun tengah malam berzikir kepada Allah mungkin, atau juga kita menghabiskan masa ruang memikirkan masalah umat atau menghadiri program agama????atau ia nampak terlalu kolot dan nampak skeptikal bila hujung minggu tidak enjoy dengan kengkawan berbanding mematu program agama???Ataupun mungkin kita seorang ustaz dan Al Hafiz yang tidak perlukan lg bantuan ........................

Carilah dan peganglah suatu sebab mengapa kita perlu Allah jadikan candidate untuk masuk syurgaNya,.........................kerana kita perlu ada reason untuk diterima,kerana di dunia pun kita tidak sanggup sebagai penganggur rahmat Allah , peminta sedekah shafaat Rasullulah yang kita malas selawat keatasnya kerana sibuk dengan lagu2 dan movie yang kita minat...........

Didiklah Permatamu Dengan Iman

Setelah beberapa tahun berlalu, Alhamdullilah masih lagi diberi ruang oleh yang Maha Kuasa untuk melalui liku2 hidup ini dengan lindunganNya...............dan dikala itu jualah menimba pengalaman menjadi bekalan untuk di hari kemudian............

Sesekali mengimbau kenangan bersama teman2 di asrama, seterusnya di Kolej dan Universiti,cukup banyak kenangan untuk mengutum kembali senyuman jua ingatan yang tidak akan ada harga untuk dibayar dengan nilaian dunia......

Namun ,perkara yang semakin menjadi lumrah untuk kita especially yang bergelar lelaki pejuang agama Allah,termasuh penulis sendiri,.........masih ingat dulu2 masa kecil bila selalu kena leter waktu pagi dikala muazzin surau memutar kaset bacaan Al Quran alunan Saad Said Al Ghamidi ..............dikala orang lain belum lagi bangun pun,kita dah sakit telinga dengar leteran ibu yang tidak henti2 siap ada warning lg kalau tidak bangun........

Bangun untuk apa?????tunaikan Solat subuh di Surau yang ketika itu bersebelahan......Alhamdullilah,berkat ketegasan ibu, maka menjadi rutin untuk bangun solat Subuh awal ............bukan semata untuk pergi sekolah dan sekarang, untuk pergi kerja semata.....

Sesekali di Universiti yang mana semua kebebasan diberi dan kita diuji, lihatlah kawan2 yang sesekali bukan lagi subuh gajah, lebih dari itu Subuh Dhuha pun ada, sedih bukan??, mereka solat Alhamdullilah, namun lihatlah mereka, solat sebab bangun untuk pergi belajar dan pada masa sekarang , solat untuk pergi kerja pulak, bila hujung minggu semua bangun lambat sebab x ade ape2 aktiviti dibuat, sedih bukan sebagai pemuda Islam.................

Didiklah anak dengan Iman, didiklah mereka bahawa pelajaran itu juga untuk Allah, kerja itu juga untuk Allah......................