Tuesday, February 15, 2011 | By: Ibnu Sulaiman

Muhasabah Sikap :Al Qamah,Abdullah Bin Salam Dan Kisah Yahudi

Mengimbau kembali baginda ,seorang yang amat mulia , tiada tandingnya , telah meninggalkan kita 1432 tahun yang lampau...............tiada ungkapan untuk merujuk bahasa cinta kepada kekasihNya............semoga dengan membawa panjinya bisa langkah ini mempertemukan diri ini dengannya..................kekasih Allah.

Antara kisah kisah yang biasa kita dengar disebalik peribadi rasullah adalah Al Qamah , merupakan anak kepada Abu Jahal .........dikatakan dia merupakan orang yang memijak perut Zainab , Puteri Rasulullah hingga menyebabkan Zainab keguguran ,dan ada sesetengah riwayat menyatakan Zainab keguguran disebabkan terjatuh tunggangan semasa proses penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Dalam satu peperangan , dia telah ditawan dan dihadapkan kepada Rasullulah.....Namun atas keperibadian tinggi rasullullah , dia dilepaskan , Rasullullah tidak mahu melihat wajahnya lagi. Kerana Ketakutan yang amat , dia melarikan diri hingga sampai ke sempadan Yaman . Dalam perjalanan laut ,berlaku bencana besar ............dia akhirnya menadah tangan membuat baiah dengan Allah seandainya dia selamat ke pantai maka dia akan berjumpa Rasullullah dan memeluk Islam.............Allah maha berkuasa , akhirnya dia selamat ke pantai dan terus mencari Rasullulah dan memeluk islam dan menjadi sahabat Rasullulah..............

Kisah kedua , Abdullah Bin Salam , merupakan seorang Ulama Yahudi , tinggal di Madinah ....... pada ketika dia melihat Rasullullah ,dia terus memeluk Islam kerana dari fizikal dan wajah Rasullulah dia terus yakin bahawa itu adalah Rasullulah........hanya kerana peribadi Rasullah yang sungguh indah selain fizikalnya yang cukup sempurna....

Allah telah menurunkan ayat untuk Abdullah Bin Salam kerana dia tidak mengamalkan Islam secara keseluruhan dimana dia tidak makan daging unta dan tidak juga minum susu unta kerana orang Yahudi tidak melakukan perkara tersebut........




﴿يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَتِ الشَّيْطَـنِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴾

O you who believe! Enter Silm perfectly, and follow not the footsteps of Shaytan (Satan). (Al Baqarah 208 )

maka tiada alasan untuk kita untuk hal2 tertentu yang wajib kita lakukan untuk tidak lakukan seperti solat ,zakat ,puasa, menutup aurat .................
Kisah terakhir adalah kisah popular dimana terdapat seorang Yahudi yang selalu meludah nabi , pada satu ketika dia tiada di jalanan untuk meludah nabi kerana gering sakit , maka rasullulah telah mengunjunginya kerana ingin tahu keadaanya..........dia rasa sungguh terusik dengan peribadi rasullulah telah memeluk rasullullah dan meminta untuk masuk Islam.Pada hemat awalnya dia menyangka Rasullulah akan membalas semula atau memakinya atas perbuatannya , namun kagum atas sikap peribadi Rasullah , menyebabkan dia jatuh hati dengan Islam.........

Intipati Untuk Direnung :

Apakah iman kita mampu membuat kita lebih baik dari insan2 yang telah menjadikan Rasul sebagai contoh utama??walaupun mereka pada awalnya bukan islam , hatta kita lahir dalam islam dan dididik dengan islam ,lalu memalingkan muka mengikut telunjuk budaya kuning sekular???

Apakah sikap dan akhlak kita mampu membentuk sekurang2nya peribadi teman2 kita , orang yang rapat di sekeliling kita , hatta mereka yang bukan sealiran dengan kita , bukan seagama dengan kita....

Akhlah kita akan mengubah persepsi seseorang pada agama kita , keindahan itu akan terselah pada cahaya yang kita sendiri tidak pernah suluhnya............