Friday, July 31, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Perkongsian : Panduan Solat Sebelum Musafir



Perkara perkara yang perlu di ambil berat apaila bermusafir di Negara bukan Islam (semoga menjadi panduan):

  1. Tempat solat selalunya susah ,walaupun suatu ruang ,seeloknya bawalah alas untuk solat seperti kain sekiranya tidak selesa solat di kawasan tanah atau rumput .
  2. Sediakan botol memandangkan terutama pada musim sejuk untuk memudahkan ambik air solat untuk mengelakkan air yang terlalu sejuk dan boleh digunakan untuk berhadas supaya tidak terkena najis pada pakaian.
  3. Untuk kaum wanita seeloknya bawalah pakaian yang boleh menutup bahagian aurat walaupun tidak sesempurna kain telekung dan mungkin telekung tidak disediakan.
  4. Waktu solat adalah kena selarikan dengan jadual program supaya tidak tertinggal solat.
  5. Panduan solat dalam flight perlu diberikan perhatian memandangkan kerana mungkin berlaku pertukaran waktu , masa solat dan arah kiblat.
  6. Fahami teknik mencari arah qiblat,kompas, etc.
  7. Perlu diketahui tentang solat jamak dan kasar.
  8. Untuk kaum hawa ,kadang kadang terpaksa berkongsi tempat wudhuk ,disebalik mahu melakukan kebaikan ,terlupa untuk menutup aurat dan sebagainya, prihatinkan tentang semua itu.
" Bacalah Kitab (aL Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.Dan ingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaaannya dari ibadah yang lain) .Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan - Juzuk 21 ,surah Al Ankabut ,ayat 45) "