Thursday, February 26, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Mirror Ourself :Banyak bercakap vs Kurang Amal

Ramai bukan yang mengaku dirinya belajar agama?ramai yang berlagak siqah ,tapi apa maksud siqah yang sebenarnya?atau ia sekadar perkataan arab yang diliterasikan dalam kamus melayu agar ianya kelihatan hebat.Ada yang berbicara pasal agama,pasal dakwah dan sebagainya.Mari kita telusuri denai yang sempit dahulu agar ianya sedang dibicarakan dan tidak terkeluar kesebelah.Hari ini ramai yang berbicara tentang dakwah ,begitu teruja dan sangat hebat.Apakah salah itu semua?tidak bukan ,pernahkah kita meletakkan is sebagai suatu benchmark untuk kita jadi lebih baik dalam erti kata seorang Islam yang mengamalkan ajarannya.Mari kita lihat satu dua cerita,pertama apabila kita mengadakan demonstrasi Palestin,ramai yang turun untuk menunjukkan kita memboikot Israel.Suatu usaha yang amat dipuji kerana itu menunjukkan kita bersatu,namun mari kita tengok koyakkan yang berlaku,pernahkan kita mengesperimentasi apa yang kita lakukan?contohnya,apabila mengadakan demonstrasi selain menunjukkan sokongan apakah lagi yang kita cuba menterjemahkan?apakah untuk memberitahu dunia bahawa kita memperjuangkannya?(atau supaya muka kita terpampang di dada dada akhbar).

Mari kita lihat resolusi cadangan ,bukan tujuan saya untuk mengutuk demonstrasi,tapi saya merujuk kepada sikap kita,andai sekiranya kita betul perjuangkan Islam dalam diri kita ,mari kita lihat;adakah kita menghulurkan bantuan untuk mereka dalam erti kata mengorbankan harta kita(daripada membazir untuk gadget seperti handphone dan sebagainya)?Adakah kita mengadakan solat hajat untuk mereka memohon keselamatan mereka?Adakah kita bangun di tengah malam untuk memohon kepada yang maha Esa?Atau apa lagi yang telah dilakukan untuk mereka sebagai saudara kita?Persoalannya,cukupkah program dilakukan sekadar sekejap sahaja?

Itu hanyalah suatu pendapat sahaja dan itu hanyalah suatu contoh sahaja.Andai kita pernah melihat bayang bayang kita,tidak pernahkah bertanya apakah solat lima waktu telah dikerjakan dengan sebaiknya?apakah solat sunat yang dilakukan sebanyak Rabiatul Adawiah (kerana dia hanya seorang wanita)?apakah puasa sunat dilakukan begitu banyak bilangannya?apakah kita bangun di sempadan dinihari bermunajat kepadanya?atau main game tidak mengira masa?apakah cukup sumbangan yang telah diderma?apakah kita jenis manusia yang suka mendengar kuliah agama untuk membaiki jiwa atau sekadar pergi apabila dijemput,apabila penceramah tersohor .atau apabila tajuknya secocok dengan jiwa,atau kerana disitu adanya mata mata yang memerhatikan kebaikan kita,

Layakkah kita untuk berbicara pasal agama?andai amalan kita tidak seberapa,bukankah kita lebih banyak berbicara dari melakukannya.Islam cukup indah mengajar umatnya untuk menepati masa,mejaga hubungan dengan manusia(penulis pun ada masalah dengan hubungan manusia),andai kita tidak ada sikap dalam diri sendiri seperti menepati masa,macam mana kita berdakwah dengan manusia?bukankah itu menunjukkan rendahnya institusi dakwah disebabkan sikap kita selain tidak fokus,tidak bertanggungjawab dan mengambil enteng semua benda.Bukankah sebagai mahasiswa kita belajar untuk menjadi manusia?

Kita berdakwah tentang cinta,hubungan sesama manusia dan sebagainya antara makhluk tuhan berbeza genetiknya(lelaki dan wanita),namun pernahkah kita memikirkanya,kita telalu rapat dengan wanita yang bukan muhrim,berbicara tanpa sempadan sedangkan Allah telah berfirman yang bermasud "Apabila kamu meminta sesuatu(keperluan) maka mintalah dari belakang tabir"(ayat 53 surah Al Ahzab juzuk 18,betulkan saya andai tersilap).bukankah semuanya telah jelas.Kekadang mati dan hati kita tidak menyedarinya,mesej ,telefon bercakap secara berdepan tanpa ada hal yang perlu perlu kita fikirkan.

Saya bukan seorang ustaz,betulkan saya andai tersilap ,namun andai kita berbicara tentang agama,tentang dakwah,transparensikan dahulu kepada kita,kerana semuanya dinilai kerana kita,perwatakan kita,cara kita.Tidak perlu lebih untuk berbicara kerana akhlak Nabi menggambarkan kebaikan Islam itu sendiri bukan,serban besar ,jubah yang menutup lantai bumi,tudung putaran orbit bulan(besar sangat),tidak menggambarkan ketaqwaan ,tetapi apabila sikap kepada tuhan kita semaikan,maka sinaran pancaran ketaqwaan akan tersuluh dengan sendiri pada fizikal seorang insan.

Mari sama sama muhasabah diri wahai insan yang bernama manusia.