Thursday, January 8, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Tak Perlu Sibukkan Dengan Perkara Furu' (Pandangan Berbeza)

Dalam keadaan sahabat kita di Palestin menderita kekejaman tentera yahudi ,menderita kelaparan , kesakitan dan macam macam lagi ,kita di Malaysia masih lagi membahaskan isu yang sudah lapuk ,lama.Kita membicarakan persoalan furu' dalam agama ,itu tidak boleh ,ini Nabi tidak lakukan ,itu Bid'ah dan sebagainya.

Namun mengertikah kita sebagai orang yang biasa dalam ilmu agama bukan persoalan kita untuk merungkai masalah sebenar kerana sebagai orang awam apa yang perlu bagi kita adalah ada ilmu dan kita amalkan.Biarkan perbahasan yang dalam dalam diberi kepada orang yang alim sahaja kerana mereka orang yang pakar, mereka tidak pernah melakukan sesuatu melainkan kerana Allah , mereka berguru dengan Ulama yang tidak terkira banyaknya,keturunan mereka keturunan yang bagus sedang kita hanya menyatakan sesuatu mengikut bacaan kita yang sedikit yang entah betul atau tidak selain kalau berguru kita tidak berguru sampai habis.

Dalam agama ini akan wujud perbezaan tertentu dalam menyelesaikan masalah tertentu ,maka untuk itu wujud majis Ulama yang mana mencari jawapan.Andai kata setiap orang telah mempunyai satu fikrah atau satu pendapat yang dipersetujui ramai maka apa fungsi majlis ulama yang berperanan menyelesaikan pendapat.

Oleh itu, ada baiknya kita tidak membahaskan perkara perkara yang kecil yang andai dilihat dari sudut positif ianya memberi kebaikan kepada Islam sedang andai melakukannya menjadi kejahatan maka kita tinggalkan.


Pada masa ini adalah masa yang penting untuk memikirkan bagaimana kita menyelesaikan masalah umat yang dalam kesesatan,bagaimana membantu mangsa Palestin,bagaimana kita mengembleng tenaga untuk membawa umat ini kepada kebaikan.Mari sama sama kita fikirkan..........................

0 comments:

Post a Comment