Thursday, January 8, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Tak Perlu Sibukkan Dengan Perkara Furu' (Pandangan Berbeza)

Dalam keadaan sahabat kita di Palestin menderita kekejaman tentera yahudi ,menderita kelaparan , kesakitan dan macam macam lagi ,kita di Malaysia masih lagi membahaskan isu yang sudah lapuk ,lama.Kita membicarakan persoalan furu' dalam agama ,itu tidak boleh ,ini Nabi tidak lakukan ,itu Bid'ah dan sebagainya.

Namun mengertikah kita sebagai orang yang biasa dalam ilmu agama bukan persoalan kita untuk merungkai masalah sebenar kerana sebagai orang awam apa yang perlu bagi kita adalah ada ilmu dan kita amalkan.Biarkan perbahasan yang dalam dalam diberi kepada orang yang alim sahaja kerana mereka orang yang pakar, mereka tidak pernah melakukan sesuatu melainkan kerana Allah , mereka berguru dengan Ulama yang tidak terkira banyaknya,keturunan mereka keturunan yang bagus sedang kita hanya menyatakan sesuatu mengikut bacaan kita yang sedikit yang entah betul atau tidak selain kalau berguru kita tidak berguru sampai habis.

Dalam agama ini akan wujud perbezaan tertentu dalam menyelesaikan masalah tertentu ,maka untuk itu wujud majis Ulama yang mana mencari jawapan.Andai kata setiap orang telah mempunyai satu fikrah atau satu pendapat yang dipersetujui ramai maka apa fungsi majlis ulama yang berperanan menyelesaikan pendapat.

Oleh itu, ada baiknya kita tidak membahaskan perkara perkara yang kecil yang andai dilihat dari sudut positif ianya memberi kebaikan kepada Islam sedang andai melakukannya menjadi kejahatan maka kita tinggalkan.


Pada masa ini adalah masa yang penting untuk memikirkan bagaimana kita menyelesaikan masalah umat yang dalam kesesatan,bagaimana membantu mangsa Palestin,bagaimana kita mengembleng tenaga untuk membawa umat ini kepada kebaikan.Mari sama sama kita fikirkan..........................

Masihkah Istiqamah dan Tsabit dalam Kebaikan?

Mungkin yang bersekolah agama pada zaman sekolahnya begitu cantik dengan pakaiannya ,manakala sesetengahnya begitu menjaga pergaulannya, masa itu masih sempat untuk menunaikan solat lima waktu berjemaah di masjid atau surau.Segala galanya seperti sempurna ,seolah olah andai ajal tiba maka kebaikan adalah baginya.

Zaman persekolahan telah berlalu, maka apakah ia masih sama seperti dahulu ?andai seorang yang membaca Al Quran mampu untuk membacanya lima juzuk ,apakah sekarang dia mampu mengekalkan satu juzuk?atau lebih teruk dari itu.

Bukankah kita masih belum diuji ketika persekolahan? dimana letakkan segala yang dipelajari?tidakkah kita cuba kembali kepada apa yang dipelajari?bukankah tujuan utama kita adalah untuk memperaktikkan apa yang telah dipelajari dahulu ,sekarang atau selamanya?

Mari kita menilai iman kita,mampukah kita solat lima waktu tepat pada masa ,atau solat di masjid ,atau disebabkan kita bersendirian maka kita solat berseorangan,bukankah Nabi pernah bersabda akan membakar rumah orang yang tidak pergi solat di masjid bagi golongan lelaki ,maka apakah pernah terlintas untuk istiqamah dalamnya?semoga Allah memberi kekuatan untukku dan semua untuk menjaganya.Sekarang adalah masa diuji dengan kesibukan ,dengan pelbagai benda yang tidak dapat dielakkan ,maka andai kita melepasinya maka itulah tanda iman yang sebenarnya.Sama sama kita berjuang menghadapinya.Amin.