Tuesday, August 25, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Pertukaran Kiblat,Masjid Qiblatain dan Badar Qubra


Beberapa kisah yang menarik untuk kita imbas kembali pada bulan Ramadhan.

Antaranya adalah berlakunya pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram.Sebenarnya Nabi terlalu rindukan untuk berkiblatkan Mekah ,namun di sekeliling Kaabah ketika itu dikatakan terdapat lebih kurang 360 patung berhala dan Nabi tidak solat kearah Kaabah lebih kurang 17 atau 16 bulan.

Peristiwa ini berlaku di madinah pada 17 Ramadhan ,ketika solat Asar ,Allah telah memerintahkan untuk solat berkiblatkan Mekah.Nabi telah mengubah keadaan ke arah Masjidil Haram.Disana ada ayat yang menyebut.(penulis tidak ingat).Lalu masjid tersebut telah digelar sebagai Masjid Qiblatain.

Selepas solat Asar ,telah berlaku satu peperangan iaitu Badar Qubra ,dalam peperangan tersebut ,Omar ibnu Hisyam ,atau nama terkenal Abu Jahal ,telah terbunuh.
Kedua dua peristiwa ini berlaku pada 17 ramadhan .

Lailatul Qadar : Sejarah Disebaliknya



Lailatul qadar merupakan satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan dari segi ganjarannya kepada hamba Allah yang mengejarnya.Dikata malam ini mungkin akan berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan ,pada malam ganjil pada 10 malam terakhir ,dan juga pada malam 25 , atau 27 mengikut pandangan yang biasa kita ketahui.Namun semuanya bergantung kepada sikap kita terhadapnya sebenarnya ,sekiranya kita berjaga 10 malam terakhir dan tidak istiqamah selepas ramadhan ,itu bukanlah petanda telah mendapat lailatul qadar.
Lailatul qadar merupakan malam yang dinisbahkan kepada satu kisah.........
Ada seorang lelaki dari umat Nabi Musa telah menunggu di sebuah gunung atau bukit menunggu perintah Allah selama 1000 bulan dengan istiqamahnya.Lalu Allah mengira pahalanya atas sebab menunggu dengan tabah perintah dari Allah.Lalu ,Nabi Muhammad telah berdoa kepada Allah "Mana mungkin umatku akan dapat pahala 1000 bulan sedangkan umur umatku pendek " lalu Allah menerima doa Nabi dan menganugerahkan malam 1000 bulan kebaikan pada bulan ramadhan.
Lalu turunlah ayat Al Qadr yang biasa dibaca pada solat.
*Rujukan:Dari kuliah ramadhan yang sempat diikuti.
*Umur Nabi Musa lebih dari 700 tahun ,oleh sebab itu lelaki tersebut dikatakan masih remaja.
Saturday, August 15, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Ramadhan : Keberkatan Yang Dicari


Apakah yang bernama insan mengejar dalam kehidupan?kekayaan?kecantikan ?kemewahan?kesenangan ?atau..............ketenangan
Semalam ,sewaktu mendengar kuliah maghrib ,aku mendengar sambil lewa apa yang penceramah sampaikan ,mungkin tajuk tidak berat ,sekadar menadah telinga saja,topik adab dalam bulan ramadhan,ada yang terkena juga ,kata ustaz tidak elok mendengar lagu nasyid lama2 walaupun harus ,apatah lagi lagu inggeris atau hindustan ,dan jangan tidur banyak sebab baca quran dapat kebaikan.
Di akhir pengkuliahannya ,dia mengakhiri topiknya dengan menyebut "Ada dua perkara dalam dunia ini mesti dijaga untuk mendapat keberkatan ,yang pertama adalah menghormati kedua ibu bapa dan yang kedua adalah menjaga silaturrahim "
Cukup kuat ayat itu menekap telinga ini ,tertusuk di sanubari ,aku kembali mengenang diri ,aku bukanlah anak yang baik buat ayah dan ibu ,namun aku mengharapkan kemaafan mereka jua keredhaan,buat ibu aku sempat membaca yasin berulang kali sebelum dia pergi ,buat ayah aku sempat mencium dahi yang terlakar garis garis tua di dahi dan solat jenazah sebelum ayah pergi ,hanya doa dan bacaan Al Quran buat mereka berterusan semoga aku menjadi anak yang soleh.


Carilah keberkatan dalam kehidupan.....insyaAllah tenang hidup di dunia, semoga lapang di Akhirat jua..
Friday, July 31, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Perkongsian : Panduan Solat Sebelum Musafir



Perkara perkara yang perlu di ambil berat apaila bermusafir di Negara bukan Islam (semoga menjadi panduan):

  1. Tempat solat selalunya susah ,walaupun suatu ruang ,seeloknya bawalah alas untuk solat seperti kain sekiranya tidak selesa solat di kawasan tanah atau rumput .
  2. Sediakan botol memandangkan terutama pada musim sejuk untuk memudahkan ambik air solat untuk mengelakkan air yang terlalu sejuk dan boleh digunakan untuk berhadas supaya tidak terkena najis pada pakaian.
  3. Untuk kaum wanita seeloknya bawalah pakaian yang boleh menutup bahagian aurat walaupun tidak sesempurna kain telekung dan mungkin telekung tidak disediakan.
  4. Waktu solat adalah kena selarikan dengan jadual program supaya tidak tertinggal solat.
  5. Panduan solat dalam flight perlu diberikan perhatian memandangkan kerana mungkin berlaku pertukaran waktu , masa solat dan arah kiblat.
  6. Fahami teknik mencari arah qiblat,kompas, etc.
  7. Perlu diketahui tentang solat jamak dan kasar.
  8. Untuk kaum hawa ,kadang kadang terpaksa berkongsi tempat wudhuk ,disebalik mahu melakukan kebaikan ,terlupa untuk menutup aurat dan sebagainya, prihatinkan tentang semua itu.
" Bacalah Kitab (aL Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.Dan ingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaaannya dari ibadah yang lain) .Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan - Juzuk 21 ,surah Al Ankabut ,ayat 45) "
Monday, May 11, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Miracle: Math, Actuarial Prediction and Al Quran


Ketika aku membincangkan apa yang hendak dilakukan untuk tesis aku ,aku mengandaikan sesuatu yang agak mencabar dan susah selain menarik.Lalu aku sempat bertanya seorang pensyarah yang ketika itu di sebelah

"En Rosli ,camna nak buat projection,sesuatu istilah untuk buat jangkaan pada masa hadapan?,"
"Awak boleh guna model since statistical model is a lot,can be linear regression,can be multiple regression,else,tp most yang actuary yang buat tu prediction diorang tidak tepat"

Aku mula berfikir "What use of an Actuary if they cannot predict the future,see?"

Hati ini mula memanjatkan munajat kepadanya memuji kebesarannya.Betapa hebatnya yang mencipta pelbagai alat teknologi untuk mengira berapa ramai kematian akan berlaku,berapa ramai akan mengalami kemusnahan dalam suatu tahun,namun masih lagi tidak tepat,lalu apakah kesilapannya?

Tiada siapa yang silap,malah kaedahnya telah dibaiki untuk mendapatkan accurate result,namun kerana kita hanya manusia biasa mana mungkin menandingi Yang Esa.

Satu teori yang termaktub dalam Al Quran yang bermaksud:

Dan raja berkata (kepada para pemuka kaumnya), "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sai betina yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi yang kurus,tujuh tangkai (gandum)yang hijau dan (tujuh tangkai) lainya yang kering........................"

43 surah yusuf juzuk 12

Ini adalah teori yang amat menakjubkan untuk menerangkan kenapa suatu cycle ekonomi bergerak dalam lingkungan 8 ke 10 tahun,mungkin tiada yang mengkaji surah ini dan menyatakan teori yang tepat adalah tujuh tahun seperti dalam surah yusuf ini.Siapa yang menjangkakan ekonomi downturn ?dan mencapai kemuncak pada 2008 apabila indeks melebihi paras 1400,mari kita kaji secara kasar ke belakang ,kalau 2008 mula kejatuhan ekonomi maksudnya 2002 adalah ekonomi dalam keadaan menuju arah baik sedang 2006 adalah mula ekonomi teruk,so bukan ke ia 7 tahun ambik masa?suatu putaran ekonomi akan ambik masa 7 tahun akan baik dan bertukar buruk dan sebaliknya,tp this not come out with the academic proof.Just to share logically.

So math its all about exploring al Quran,actuarial group need to explore what is the figure to considered death people,since there are meaning inside........................

Dan pada akhirnya pengiraan kematian itu akan termasuk individu yang mengiranya dan ia adalah aku.................................



Tuesday, March 17, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Sains Aktuari

"Awak belajar apa?"

"Sains Aktuari."

"Akuarium ke,ke Kuari Lombong,mcm bunyi Sains Marin je".Masih segar dalam ingatan perbualan bersama teman tiga tahun yang lepas.Mcm kelakar gak rasanya,Biasalah sebelum ambik kos ni pn sy xtau apa apa pn ,kerana masa berubah manusia berubah dan Allah yang menentukan segalanya sy menukar kos daripada perubatan kepada Aktuari.Biarkan kisah yang lalu ,sekarang kita fokus kepada Sains Aktuari,dunia baru yang tidak pernah diimpi,sekadar untuk mencabar diri sebagai seorang lelaki.

Secara kasarnya,Aktuari adalah aplikasi matematik dan statistik dalam model harian biasa seperti pencen, kebanyakannya insurans,pelaburan,membuat tuntutan dan EPF,KWSP,dan seumpamanya.Biasanya dalam aplikasi sains yang lain kita ada experiment,jd memandangkan dalam math xde experiment,so kita guna something yang kita panggil model matematik,dalamnya kita kena tahu nak buat prediction untuk masa hadapan(main point yang aktuari buat) ,dlm experiment kimia kalau campur2 so bleh dapat result,but actuary kena guna model untuk dapat result.

Aktuari berbeza dengan budak math n statistik sbb dia guna math n statistic utk aplikasi,tp math belajar ruang mcm vektor ,space,jisim n bdak statik byk belajar theoram n prove theoram yang agak bosan n bukan aplikasi.Jarg org yg pandai dlm kedua2nya,biasanya samada stat atau math,tp bg sy statistic lg susah sbb kena imagine ,bukan mcm math just follow the rules shj.Aplikasi yang biasa dibuat adalah predict berapa nilai yang akan diberi kepada org yang beli insurance,berapa dia perlu byr,berapa ada dlm bank(biasanya ini pentg untk bank negara nak tengok reserve)supaya bleh penetrate bila ada case mcm skang,agak darurat.So dengan model yang biasa kita guna,Normal Dist,Gamma Dist.,Exponential Dist.,semua benda ini bleh diterjemahkan dalam bentuk graph,bleh pakai excel je.

Itulah aktuari secara kasarnya,buat prediction untuk masa hadapan berdasarkan data skang dan model yang sesuai dengan sampel data yang diambil.Rasanya xde kos yang senang kalau kita anggap susah kan,so for this one better to think it is easy since you will expose to something yang susah susah but interesting ,you akan appreciate the thing kalau dah faham.Seriously,just take it if you are very good at math.But jgn cari pasal kalau rasa xmampu sbb you will get nothing at the end of the day,better ambik kos lain since this course ramai yang akan fail paper math mcm Calculus,LinearAlgebra,Differential Equation n Probability utk Statistic paper.

But ,jgn pk kerana gaji event aktuary can get more than five digit if qualified,tp x ramai yang lepas pn,so think carefully.

For those guys especially boys ambiklah kos ni ,buktikan lelaki hebat,jgn lg malas belajar,please for the sake of ummah.Siapa nak calculate takaful,everything related to muslim product if not the muslims themsevles right?

Biasanya student yang ambik kos ni pure science student sbb dia byk aplikasi math n economy and paper akaun xdelah susah ngt pn,kalau grap basic ok lah,sbb tu kos ni fokus kpd bdak sains bukan accounting,tp kalau power add math n accountung,satu kelebihan la buat bdak account event kita panggil sains aktuari tp nothing to do with science actually.

So,jom struggle for this course together.
Thursday, February 26, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Mirror Ourself :Banyak bercakap vs Kurang Amal

Ramai bukan yang mengaku dirinya belajar agama?ramai yang berlagak siqah ,tapi apa maksud siqah yang sebenarnya?atau ia sekadar perkataan arab yang diliterasikan dalam kamus melayu agar ianya kelihatan hebat.Ada yang berbicara pasal agama,pasal dakwah dan sebagainya.Mari kita telusuri denai yang sempit dahulu agar ianya sedang dibicarakan dan tidak terkeluar kesebelah.Hari ini ramai yang berbicara tentang dakwah ,begitu teruja dan sangat hebat.Apakah salah itu semua?tidak bukan ,pernahkah kita meletakkan is sebagai suatu benchmark untuk kita jadi lebih baik dalam erti kata seorang Islam yang mengamalkan ajarannya.Mari kita lihat satu dua cerita,pertama apabila kita mengadakan demonstrasi Palestin,ramai yang turun untuk menunjukkan kita memboikot Israel.Suatu usaha yang amat dipuji kerana itu menunjukkan kita bersatu,namun mari kita tengok koyakkan yang berlaku,pernahkan kita mengesperimentasi apa yang kita lakukan?contohnya,apabila mengadakan demonstrasi selain menunjukkan sokongan apakah lagi yang kita cuba menterjemahkan?apakah untuk memberitahu dunia bahawa kita memperjuangkannya?(atau supaya muka kita terpampang di dada dada akhbar).

Mari kita lihat resolusi cadangan ,bukan tujuan saya untuk mengutuk demonstrasi,tapi saya merujuk kepada sikap kita,andai sekiranya kita betul perjuangkan Islam dalam diri kita ,mari kita lihat;adakah kita menghulurkan bantuan untuk mereka dalam erti kata mengorbankan harta kita(daripada membazir untuk gadget seperti handphone dan sebagainya)?Adakah kita mengadakan solat hajat untuk mereka memohon keselamatan mereka?Adakah kita bangun di tengah malam untuk memohon kepada yang maha Esa?Atau apa lagi yang telah dilakukan untuk mereka sebagai saudara kita?Persoalannya,cukupkah program dilakukan sekadar sekejap sahaja?

Itu hanyalah suatu pendapat sahaja dan itu hanyalah suatu contoh sahaja.Andai kita pernah melihat bayang bayang kita,tidak pernahkah bertanya apakah solat lima waktu telah dikerjakan dengan sebaiknya?apakah solat sunat yang dilakukan sebanyak Rabiatul Adawiah (kerana dia hanya seorang wanita)?apakah puasa sunat dilakukan begitu banyak bilangannya?apakah kita bangun di sempadan dinihari bermunajat kepadanya?atau main game tidak mengira masa?apakah cukup sumbangan yang telah diderma?apakah kita jenis manusia yang suka mendengar kuliah agama untuk membaiki jiwa atau sekadar pergi apabila dijemput,apabila penceramah tersohor .atau apabila tajuknya secocok dengan jiwa,atau kerana disitu adanya mata mata yang memerhatikan kebaikan kita,

Layakkah kita untuk berbicara pasal agama?andai amalan kita tidak seberapa,bukankah kita lebih banyak berbicara dari melakukannya.Islam cukup indah mengajar umatnya untuk menepati masa,mejaga hubungan dengan manusia(penulis pun ada masalah dengan hubungan manusia),andai kita tidak ada sikap dalam diri sendiri seperti menepati masa,macam mana kita berdakwah dengan manusia?bukankah itu menunjukkan rendahnya institusi dakwah disebabkan sikap kita selain tidak fokus,tidak bertanggungjawab dan mengambil enteng semua benda.Bukankah sebagai mahasiswa kita belajar untuk menjadi manusia?

Kita berdakwah tentang cinta,hubungan sesama manusia dan sebagainya antara makhluk tuhan berbeza genetiknya(lelaki dan wanita),namun pernahkah kita memikirkanya,kita telalu rapat dengan wanita yang bukan muhrim,berbicara tanpa sempadan sedangkan Allah telah berfirman yang bermasud "Apabila kamu meminta sesuatu(keperluan) maka mintalah dari belakang tabir"(ayat 53 surah Al Ahzab juzuk 18,betulkan saya andai tersilap).bukankah semuanya telah jelas.Kekadang mati dan hati kita tidak menyedarinya,mesej ,telefon bercakap secara berdepan tanpa ada hal yang perlu perlu kita fikirkan.

Saya bukan seorang ustaz,betulkan saya andai tersilap ,namun andai kita berbicara tentang agama,tentang dakwah,transparensikan dahulu kepada kita,kerana semuanya dinilai kerana kita,perwatakan kita,cara kita.Tidak perlu lebih untuk berbicara kerana akhlak Nabi menggambarkan kebaikan Islam itu sendiri bukan,serban besar ,jubah yang menutup lantai bumi,tudung putaran orbit bulan(besar sangat),tidak menggambarkan ketaqwaan ,tetapi apabila sikap kepada tuhan kita semaikan,maka sinaran pancaran ketaqwaan akan tersuluh dengan sendiri pada fizikal seorang insan.

Mari sama sama muhasabah diri wahai insan yang bernama manusia.
Thursday, January 8, 2009 | By: Ibnu Sulaiman

Tak Perlu Sibukkan Dengan Perkara Furu' (Pandangan Berbeza)

Dalam keadaan sahabat kita di Palestin menderita kekejaman tentera yahudi ,menderita kelaparan , kesakitan dan macam macam lagi ,kita di Malaysia masih lagi membahaskan isu yang sudah lapuk ,lama.Kita membicarakan persoalan furu' dalam agama ,itu tidak boleh ,ini Nabi tidak lakukan ,itu Bid'ah dan sebagainya.

Namun mengertikah kita sebagai orang yang biasa dalam ilmu agama bukan persoalan kita untuk merungkai masalah sebenar kerana sebagai orang awam apa yang perlu bagi kita adalah ada ilmu dan kita amalkan.Biarkan perbahasan yang dalam dalam diberi kepada orang yang alim sahaja kerana mereka orang yang pakar, mereka tidak pernah melakukan sesuatu melainkan kerana Allah , mereka berguru dengan Ulama yang tidak terkira banyaknya,keturunan mereka keturunan yang bagus sedang kita hanya menyatakan sesuatu mengikut bacaan kita yang sedikit yang entah betul atau tidak selain kalau berguru kita tidak berguru sampai habis.

Dalam agama ini akan wujud perbezaan tertentu dalam menyelesaikan masalah tertentu ,maka untuk itu wujud majis Ulama yang mana mencari jawapan.Andai kata setiap orang telah mempunyai satu fikrah atau satu pendapat yang dipersetujui ramai maka apa fungsi majlis ulama yang berperanan menyelesaikan pendapat.

Oleh itu, ada baiknya kita tidak membahaskan perkara perkara yang kecil yang andai dilihat dari sudut positif ianya memberi kebaikan kepada Islam sedang andai melakukannya menjadi kejahatan maka kita tinggalkan.


Pada masa ini adalah masa yang penting untuk memikirkan bagaimana kita menyelesaikan masalah umat yang dalam kesesatan,bagaimana membantu mangsa Palestin,bagaimana kita mengembleng tenaga untuk membawa umat ini kepada kebaikan.Mari sama sama kita fikirkan..........................

Masihkah Istiqamah dan Tsabit dalam Kebaikan?

Mungkin yang bersekolah agama pada zaman sekolahnya begitu cantik dengan pakaiannya ,manakala sesetengahnya begitu menjaga pergaulannya, masa itu masih sempat untuk menunaikan solat lima waktu berjemaah di masjid atau surau.Segala galanya seperti sempurna ,seolah olah andai ajal tiba maka kebaikan adalah baginya.

Zaman persekolahan telah berlalu, maka apakah ia masih sama seperti dahulu ?andai seorang yang membaca Al Quran mampu untuk membacanya lima juzuk ,apakah sekarang dia mampu mengekalkan satu juzuk?atau lebih teruk dari itu.

Bukankah kita masih belum diuji ketika persekolahan? dimana letakkan segala yang dipelajari?tidakkah kita cuba kembali kepada apa yang dipelajari?bukankah tujuan utama kita adalah untuk memperaktikkan apa yang telah dipelajari dahulu ,sekarang atau selamanya?

Mari kita menilai iman kita,mampukah kita solat lima waktu tepat pada masa ,atau solat di masjid ,atau disebabkan kita bersendirian maka kita solat berseorangan,bukankah Nabi pernah bersabda akan membakar rumah orang yang tidak pergi solat di masjid bagi golongan lelaki ,maka apakah pernah terlintas untuk istiqamah dalamnya?semoga Allah memberi kekuatan untukku dan semua untuk menjaganya.Sekarang adalah masa diuji dengan kesibukan ,dengan pelbagai benda yang tidak dapat dielakkan ,maka andai kita melepasinya maka itulah tanda iman yang sebenarnya.Sama sama kita berjuang menghadapinya.Amin.